Qider’s Piece of Mind

Jangan Susah-susahkan Otaklah..

Posted by: nurqider on: November 24, 2008

Nov 23rd, 2008

Baru sahaja balik daripada Pameran Kerjaya di PWTC. Konon-kononya mengintai peluang kerjaya di syarikat-syarikat lain dalam bidang yang dirasakan lebih menepati pengkhususan yang tertulis di skrol. Mungkin kerana kami berdua masing-masing tidak berpakaian selayaknya untuk ditemuduga, resume pun tidak dikemaskini, maka aku dan teman serumahku, Azera tidak begitu bersemangat untuk bertanyakan banyak soalan dan kelihatannya hanya untuk melihat-lihat sahaja. Kebetulan pula, Azera berjumpa dengan pakciknya yang turut terlibat dalam pameran tersebut. Selepas itu, kami menghabiskan masa di Secret Recipe di ruang legar The Mall.

Sekadar hiasan.. edisi terbaru ada muka Mona Jasman sebagai 'cover page'

Sekadar hiasan.. edisi terbaru ada muka Mona Jasman sebagai 'cover page'

Semalam, aku menghabiskan masa bersama sahabat baikku, Hasuna. Berterima kasih padamu kerana mengenalkan diri ini dengan majalah ANIS. Sungguh, aku pesimis sebenarnya dengan majalah yang meletakkan perempuan di ‘cover page’ dan mengutarakan isu-isu yang pada pandanganku agak remeh dan kurang kritis untuk kepalaku. Sehinggakan ketika hendak membayar, aku sanggup mencari TIME terbaru untuk menutup bahagian hadapan majalah tersebut. Hampeh kan? Dan ketika membelinya, aku mengharapkan manfaat Majalah ANIS ini dapat dikongsi bersama teman serumahku. (Awak, jangan lupa baca tau?)

Keseluruhan isu dalam majalah itu mengupas mengenai perkahwinan, memang eloklah pun, musim cuti sekolah memang musim kenduri kahwin. Dua orang sahabatku bakal melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat ini. Aku cuma terfikirkan satu perkara. Berkenaan dengan artikel bertajuk ‘Kesediaan Menerima Calon Pilihan Allah’. Aku terfikirkan sahabat-sahabatku yang bakal menamatkan zaman bujang masing-masing. Dengan segala kerisauan yang dikongsi dan tidak dikongsi bersamaku, membuat aku sedikit memahami perhubungan antara lelaki dan perempuan ini banyak menjurus kepada persefahaman dan berlapang dada. Meminjam kata-kata dari Saifulislam.com, kelebihannya kita syukuri, kelemahannya kita redhai.

Sungguh aku cukup tidak faham, seseorang yang boleh menjadi begitu cemburu terhadap situasi pekerjaan pasangannya. Kenapa kamu boleh jadi begitu tidak memahami jika kamu katakan yang kamu sangat sayangkannya? Yang kamu telah berikrar untuk sehidup, semati dan sama-sama ke syurga dengannya? Aku jadi sangat pelik dan habis fikir. Kenapa perlu semakkan otak dengan pemikiran dan syak wasangka yang bukan-bukan, sedangkan Allah sahaja yang tahu betapa setianya dia terhadap perhubungan kalian (ehem, aku husnu zhon ni). Jika benar cinta kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya, kenapa perlu gelisah dengan cemburu yang bertamu? Lapangkanlah dada itu. Check iman, refresh balik, betul atau tidak cinta itu kerana Allah.

Mungkin aku sebenarnya tidak layak untuk merepek lebih dalam perkara ini, kerana aku sendiri pun umpama ‘orang luar’ dalam atmosfera perhubungan kalian. Cuma maksudku, janganlah begitu berkeras dengan ‘prinsip’. Betulkah prinsip kita itu selari dengan keredhaanNya? Bagaimana kita mahu orang lain memahami situasi kita, begitulah halnya dengan orang lain juga. Letak diri kita dalam situasi dia, ikhlaskan hati dan cuba rasa apa yang akan kita rasa jika kita juga dilayan seperti itu. Hati yang setia ini diragui oleh orang yang sangat-sangat kita sayangi. Tidak berkecaikah? Kalau nak diikutkan, boleh sahaja aku pandang isu ini sebelah mata, tapi aku ini memang suka menyibuk hal orang lain eheheh..

Fikir menggunakan iman.. (nasihat buat diriku)

Fikir menggunakan iman.. (nasihat buat diriku)

Kita boleh berprinsip, tapi jangan dengan prinsip kita, orang hilang hormat terhadap kita. Islam itu mudah. Jangan kerana prinsip juga, kita hilang seseorang yang sepatutnya untuk kita. Berterima kasihlah apabila ditegur, walaupun ego kita selaut merasakan kita ini sekelumit pun tidak salah. Sebab manusia itu lemah. Aku mengaku, apabila aku ditegur, tipulah kalau aku tidak marah (konon-konon rasa diri perfecto la sangat), tapi aku sangat berterima kasih, sebab aku diberi ruang untuk berubah. Kepada kamu, ingat, banyak ruang untuk iblis dan syaitan menggoda. Jangan jadikan cemburu itu mengganggu-gugatkan kebahagian yang telah Dia kurniakan. Kalau betul cinta kerana Allah, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. Kalau sudah cemburu (yang melampau), masihkah ‘berpisah tidak gelisah?’. Yakinlah bahawa Allah sentiasa menjaga si dia di sana. Haii..kenapalah nak susah-susahkan otak? Allah kan ada? Tak faham betul aku. (menggaru-garu kepala yang tak gatal)

Qider Firdaus
Bandar Sri Permaisuri

p(^_^)q

gambaru!

6 Responses to "Jangan Susah-susahkan Otaklah.."

weh, aku mcm tu eh..adeh. cemburu di sana sini..

ehehe..aku tak maksudkan hg la kat cni..terasa ke?dunt wori,so far aku masih bleh straightforward je dgn hg kan?so no issues abt you being super duper jealous here..

hg ok je..tapi mesti kena ada org bagi chakra positive tiap kali hg nak mula ‘penuh’ dengan negative thinking..however, i know u r ok dear.He always Look After you,i know He Will.. ;-)

bile gua bace entri lu mesti gua insaf la,tapi bile exit je lupe dh mcm mane hah…adoi…

wah, yeke?takpe,pintu hidayah tu luas.nasib baik rasa insaf,kalau tak rasa apa2,haru jugak tu..

“OUCH!…darn….(:/)”

komen diatas bukan berkaitan dgn entri nih…entri anda bagus cam biase…cume…well, adelah….

(jamal maybe tau kot..)

bagus?erkk..tapi tak banyak komen pon..aku ingat aku merapik cam biasa..hoho..

and do i not know something?ke mmg i shouldn’t know?haaaa…
[aku mmg kaki sibuk ;-p]

Leave a Reply

 

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930