Qider’s Piece of Mind

Aku tidak boleh menulis

Posted by: nurqider on: April 29, 2009

Setiap orang Islam (bukan Islam pun) mahukan mati dalam keadaan husnul-khotimah (pengakhiran yang baik). Tetapi kalau direnungkan, amalan kita yang manakah dapat menjamin pengakhiran yang baik itu? Memikirkan mati pun sudah membuatkan kita kecut perut, apatah lagi ditambah dengan penyesalan terhadap segala perkara-perkara larangan yang pernah kita lakukan dahulu. Manusia memang begitu, lagi dilarang, itulah yang ingin dicubanya. Apabila kesan buruk dari perbuatan itu mula timbul, barulah penyesalan datang bertimpa, ’sudah terhantuk baru tengadah’.

Bermula dari bangun tidur tadi, berjalan ke tempat letak kereta sehinggalah sekarang aku masih terfikir, aku ingin sahaja mati. Aku sudah tidak larat lagi dengan dugaan di dunia ini. Aku sudah penat untuk kalah lagi dalam mujahadahku untuk menjadi waras. Sudah letih untuk bangun untuk hari itu dan berasa menyesal untuk kesekian kalinya. Aku rasa hatiku sudah hitam. Pandanganku jadi sempit dengan kurangnya penggunakan akal. Walaupun sudah banyak peringatan yang aku baca, aku dengar dan aku belajar dahulu, aku bagaikan tidak faham mengapa aku masih boleh kalah dengan mujahadahku. Seolah-olah aku ini ‘ada ilmu tapi tidak amal’. Ataupun ‘penggoda-penggoda’ disekelilingku ini berpangkat jeneral?(chewwaahh..macam dia itu wali je)

Hati aku rasanya sudah hitam. Berat rasanya menanggung penyesalan yang tidak habis-habis. Bertambah gerun memikirkan amarah Dia yang Maha Kuasa di Arasy itu. Tapi meminta ingin mati hanya membuatkan Dia lagi marah saja padaku. Meminta mati menunjukkan aku sudah putus harapan untuk hidup. Bermakna aku sendiri sudah putus asa dengan rahmatNya. RahmatNya? Sungguh aku ini hambaMu yang hina.

Aku inginkan permulaan yang baik. Permulaan yang diredhai. Tapi aku masih leka membiarkan diriku kalah dengan mujahadah  menentang nafsu. Membiarkan diri sendiri terjebak ke ‘lembah’ yang Dia tidak redhai. Aku ingin kembali menulis sesuatu yang dapat menginspirasikan orang lain seperti dulu. Tapi aku tidak boleh. Aku tidak boleh menulis dengan hati yang kelam dengan dosa.

..Carilah hatimu di tiga tempat..Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!.. (Imam Ghazali)

tears

AKU TIDAK BOLEH LAGI MENULIS DENGAN JUJUR SEPERTI DULU. Itu kenyataan yang sangat menyesakkan dada dan kepalaku. Dan aku rasa mahu rebah dan menangis.

Qider Firdaus
Bukit Jalil

p(^_^)q

gambaru!

9 Responses to "Aku tidak boleh menulis"

Bergetar jantungku membaca entri ini =_=
Tersedar dari lenaku yg panjang…
astaghfirullah….

fie slalu jer tersedar, tapi selalu pulak lalai..argghh

firrr…what happen my pren? you sound sad.

I thinks it is normal…iman ade turun naik nyer. Dan alhamdulillah kalo kite masih boley rasa penyesalan. Ini bermakna hati kite tak keras lagi, masih lembut utk menerima hidayah dari Nya.Cuma istiqamah dan mujahadah kite perlukan untuk terus mempertahankan dan memantapkan apa yang ada. Dan sudah semestinya sesuatu yg berlaku tu mampu kite tanggung, itu janjiNya. Dia xkan membebankan kita. aku sure ko tahu ayat tu…ko lg arif.

k la firr…I want you to be strong and cheerful as I knew you b4. keep on mujahadahhh. doakan aku juga mampu.

baca Quran dan terjemahan hari2 yok….rajin2 dengar kuliah or ceramah…hehe

memang mudah meluahkan penyesalan..
tetapi amat payah utk merasai kekesalan…

setiap kali hati meronta diampun…
tiap kali itu juga nafsu datang berduyun…

ampunkanlah kami ya Rabbi…
hanya kepadaMu kami kembali…

“memang mudah meluahkan penyesalan..
tetapi amat payah utk merasai kekesalan…”

boleh tak diperjelaskan?sggh aku sedikit samar2…makaceh in advance

eheh..aku pun mula2 tak phm gak bila baca balik.

maksud aku mcm ni.
org selalu ckp dia menyesal itu ini..
tp kesal dia kejap je kdg2..pastu buat balik.
itu yg aku maksudkan payah utk merasai kekesalan.
kalau dia dpt merasai penyesalan tu, mesti dia dpt tinggalkan apa yg dia kesalkan sepenuhnya.

aku tujukan buat diriku sendiri huhu

suna & pp : really need to hear your words of comfort..so much..

alu my pren..tahniah…semoge bahagie ke anak cucu….

best regards,

daus mikro e
x insep

Leave a Reply

 

April 2009
M T W T F S S
« Feb   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930