In Episode : Cuba untuk tidak terlalu ‘breaking down’
Sebelum itu,
‘..Firdaus ni datang opis ke tak? Tak dengar suara langsung pun ni….’,sedangkan waktu itu aku duduk diam-diam di ‘workstation’,menghadap komputer riba syarikat. Tiada jawapan.
Selepas beberapa lama…
‘…nak tanya sikit boleh?husband tak bagi Firdaus bising-bising kat opis ke?….’, seperti biasa, topeng senyum cepat-cepat aku letak di mukaku.

pics.novica.com
Dan semalam,
‘..Firdaus,kenapa makin kurus ni? Muka dah nampak nak cengkung…’, dan aku sepenuh kudrat yang ada menyambar topeng senyumku, neurotransmitter pantas bekerja menyampaikan isyarat kepada saraf mata supaya kilang air mata dihentikan serta merta!
Cukup-cukuplah menangis. Cukuplah. Kamu bukan manusia bernama perempuan yang cepat terpengaruh dengan emosi. Kamu ialah manusia spesis perempuan yang kuat terdorong dengan rasional.
Hari ini dan semalam, aku tetap dengan ‘mode:hidup ini layankan apa sahaja yang terjadi’.
Masalah tetap sama ; komunikasi.
Kepala + otak : sudah tiada idea apa lagi mahu diusahakan. Bukan tiada idea, tapi sudah beralah dengan keadaan. Biarlah apa pun terjadi. Layankan aje.
Mulut : senyap.sunyi.sepi
Keputusan : tiada perubahan
Dengar lagu Mawi feat KRU, ‘Sujud’
‘Hanya Dia saja menentuDan kita hanya mampu sujud……’
Terus otak memberi arahan : Jangan menangis. Air mata cepat kering,jangan jatuh ke pipi.
Dengar lagu Rabbani, ‘Mana Milik Kita’
‘Kita Allah punya, Dunia ini ciptaan-Nya Miliklah apa saja, Tidak terlepas dari ciptaan-Nya Mana kita punya, Tidak ada kepunyaan kita Kita hanya mengusahakan, Apa yang telah ada’Aku, mahu meminta maaf.
Mulut, tetap berat, sepi dan sunyi.
Qider Firdaus Bukit Jalil
p(^_^)q
gambaru!
Posted by faizah@adeq on October 9, 2009 at 15:28
Be strong fie~! jadikan alam rumahtangga sbg madrasah utk mendidik n mematangkan kita…all the best~! positive~!
Posted by sunCUn on October 10, 2009 at 15:20
aku, arep ngan baby alyaa doakan fie hepi, bahagia, tenang selamanya…amin.
Posted by siKechikComeyll on October 12, 2009 at 10:04
unexperiance yet..(=))
but..
i`ll keep my dear sis smiling till the end of my life..
smiles will cover anything..
even it will hurt our feeling..
remember, i always here for everything,,=)
Posted by Amirez on October 15, 2009 at 20:12
seriously tgk hg hari tu nampak len.
bukan mcm fie yg aku kenal dulu.
org kata dh kawen ni badan naik sket.
tp hg mcm dh kurus sket aku rasa.
ape pun fie…hidup ni layankan aje
Posted by nurqider on November 9, 2009 at 09:27
guys..thank you so much.. (rasa nak peluk je semua org, tapi adi takleh la peluk adeh2)