Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 12)

In episode :  Ada orang rindu kamu sangat-sangat…

Si kembar memang rapat betul dengan orang itu sejak ummi mengandung semula ini. Nak mandi, orang itu yang mandikan, lapar, orang itu suapkan nasi (dan juga yogurt, roti, buah, bijirin sarapan dan apa sahaja yang orang itu tengah makan jua), nak main, golek-golek, guling-guling berjam-jam depan TV, mengadu orang ni rampas mainan yang seorang lagi, menangis gaduh nak dipujuk, nak susu sampailah dipeluk tidur malam, semuanyaaaaa nak orang itu jugak. Bangun pagi pun terus cari orang itu atas katil, huh.. iyelah, ummi sudah tidak mampu nak melayan, pastu asik marah-marah je (ha mula la nak emo tu). Kalau ummi peluk pun, ‘kompem’ lepas itu berlari nak peluk orang itu jugak huuuuuu…

golek-golek dengan orang itu depan TV

Tak mengapa, lepas ummi bersalin,ummi  nak berpantang betul-betul seperti waktu ummi bersalinkan kamu berdua, sebab ummi hendak kekal cergas. Selepas itu, selamat lah kamu kena golek-golek dengan ummi pulak (tak kira!!).

sila buat skrip sendiri..heheh

Disebabkan kamu yang begitu rapat dan terlalu banyak menghabiskan masa dengan orang itu, orang itu sudah terlampau rindukan kamu berdua (dia tak cakap pun pada ummi, tapi kalau dah monyok sahaja hari-hari, takkanlah ummi tidak faham). Sampaikan semalam kan, orang tu kan, dia kan, dia cakap macam ni kat ummi,

Orang itu : Manja bila habis kelas dia?

Ummi : Tak taulah, kelas ganti je hari tu,pastu exam lagi 2 minggu kut…

Orang itu : Ingat nak balik amik baby minggu depan

Ummi : …..

Anak nak keluar seorang lagi ini pun, masih panggil si kembar tu baby lagi haihh (tepuk dahi). Orang itu kan, memang betul-betul memanjakan (dan terlampau sayangkan) kamu berdua tau, jadi sila hormat dan sayang pada dia bila kamu berdua besar nanti (dan apabila kamu mula belajar untuk menyayangi).

Haihh..apalah yang hendak ummi cakapkan pada maktok dan tokwan niii.. dilema betul..

 

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!!

Advertisement

About nurqider

‘It’s not that I had a very interesting life, but it is me who think and make my life interesting despite of so many spiteful moments' View all posts by nurqider

2 Responses to “Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 12)”

  • amirez

    pengalaman jadi ibu bapa ni yg paling banyak bagi kenangan :) bila due ek? lupa dah. cepat betul hang dapat anak, rezeki makin bertambah insyaAllah

    • nurqider

      terlampau banyak sampai tak tertulis..nak tulis semua pun,tgh fikirkan apela perasaan diorang bila dah besar dan baca semua2 yang ditulis..

      aku due semalam..huhu..tapi tak bersalin lagi ni,sabtu masuk wad,ahad induce,doakan aku wei..aku harapkan rezeki yang bertambah tu rezeki yang diberkati,aminnn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 193 other followers