Daily Archives: December 15, 2011

My Good Old Days (Part 5)

In Episode : Ummi suka belajar tau..

Pagi semalam, semasa dalam perjalanan ke hospital untuk pemeriksaan kandungan, perbualan telefon ayah bersama kawannya telah menarik perhatian ummi (anak-anak, sila pakai hands free apabila membuat panggilan ketika memandu ye). Ayah bertanyakan mengenai penderia (sensor) yang menggunakan teknik pemilihan ion (sila tanya ayah apabila besar nanti ye, ummi tidak boleh mendetailkan hal penderia itu di sini, too public to write about that here) dengan perkaitannya adalah dengan keberadaan ion hidrogen dalam larutan asid dan beralkali. Ummi mendengar perbualan itu dengan penuh minat sambil kepala ligat mengingat kembali konsep asas kimia yang pernah ummi belajar dahulu.

Oh, how I love chemistry very much during that days. Itulah subjek yang membuatkan ummi bersemangat untuk belajar selain matematik, bahasa melayu,bahasa inggeris dan quran sunnah. Subjek lain, memang mengundang ‘dengkur’ ummi di dalam kelas. Subjek itu dahulu diajar oleh cikgu yang sangat tegas (also shares the same name as your grandma)iaitu Cikgu Aishah Mukhtar. Disebabkan maktok yang peer pressure melihat anak-anak kawan beliau ke kelas tambahan berbayar (tution), maka ummi dengan malasnya terpaksa mendaftar ke kelas kimia yang diajar oleh Cikgu Harun dari MRSM. Kelakarnya, beliau selalu datang kepada kumpulan kami (kawan sekelas ummi ada yang turut mengikuti kelas tersebut) dan bertanyakan soalan yang dibuat oleh cikgu kami itu kerana Cikgu Aishah adalah Guru Cemerlang di negeri tersebut.

Ummi masih ingat jadual berkala, bagaimana ikatan ionik dan kovalen berlaku (tetapi apabila apply  dalam semikonduktor,tercongak-congak mengingat..hahah), penghasilan garam dari larutan berbeza, persamaan atau sebab berlakunya penurunan dan pengoksidaan (redox reaction) sampailah kepada struktur hidrokarbon, penghasilan sabun dan aspirin. Ini adalah antara subjek yang ummi faham tanpa perlu banyak menghafal dan penting bagi ummi untuk tidak perlu banyak menghafal untuk faham. Sebab jika terlampau banyak perkara untuk dihafal, maka banyak masa diperlukan untuk mengulangkaji dan ummi sangat tidak suka keadaan itu. Ummi suka untuk ada masa membuat perkara lain (seperti pulang jumpa moyang kamu,jalan-jalan ke Padang Besar, tengok TV, baca komik hahah) selain belajar. Sebab itu, ketika ummi disuruh mendaftar untuk kelas tution, ummi memilih kelas tution pada hari bersekolah (mestilah malam kelas tution itu kan) supaya hujung minggu ummi menjadi senggang,lapang dan menggembirakan.

ni time lepas PMR

Zaman ummi di sekolah, ummi dikelilingi oleh kawan-kawan yang sangat mengejar keputusan peperiksaan yang baik. Tetapi keadaan itu tidak menekan kepada ummi (seperti pelajar sekarang) sebab ummi telah menanamkan dalam diri ummi bahawa ummi belajar sebab ummi sangat sukakan kepada pengetahuan dan bukan semata peperiksaan. I just love knowledge. Peperiksaan hanyalah platform untuk menguji sejauh mana kuatnya kefahaman ummi dan keputusan yang bagus adalah bonus. Mungkin sebab itu, untuk subjek (dan juga cikgu yang mengajar) yang ummi tidak suka, ummi akan selesa untuk tidur (hahaha..anak-anak, perangai yang sangat ‘terpuji’ ini sila jangan ikut ye..).

Perkara yang paling ummi suka buat ialah belajar perkara yang tidak termasuk dalam silibus untuk peperiksaan. Walaupun ummi suka baca komik, ummi tetap akan luangkan masa (yang banyak itu) untuk bahan bacaan yang lebih kritis. Ummi suka untuk tahu banyak perkara dan suka untuk kongsikan perkara yang ummi tahu dengan orang lain. Tetapi sekarang, ummi kekurangan manusia untuk berkongsi dan bertukar fikiran mengenai banyak perkara yang ummi baca, mungkin nanti apabila kamu semua sudah memahami dan pandai bercakap, ummi boleh kongsikan dengan kamu.

baca gempak dengan maknjang

Ingat anak-anak ummi, ilmu Allah SWT itu luas. Hidup kita ini pun luas skop pandangannya. Cara kita belajar di sekolah hinggalah ke tahap mana pun, ia mendefinisikan cara kita mengurus kehidupan. Dulu ummi seorang yang bahagia dengan apa yang ummi buat, ummi selalu gembira walaupun terdapat perkara yang mendukacitakan ummi, dan itulah yang akan ummi pertahankan sekarang walaupun perit. Menjadi seorang yang positif dari satu fasa ke satu fasa kehidupan yang lain adalah sesuatu yang terlampau mustahil jika apa yang kamu pandang ketika pergi sekolah hanyalah kerana kamu disuruh oleh ummi atau kerana kamu tiada perkara yang kamu boleh lakukan di rumah. Atau kerana ada kawan-kawan. Atau masuk universiti dengan jurusan tertentu untuk mendapat pekerjaan tertentu, itu adalah perkara yang kita sendiri tidak pasti. Jijaklah menara gading dengan tujuan untuk belajar banyak perkara (yang berfaedahla oiii) selain dari jurusan yang kita ambil dan ingatlah itu adalah peluang yang Allah SWT berikan untuk kita belajar salah satu ilmuNya dan kitalah hambaNya yang terpilih itu.

micro e pals ummi

Ummi banyak belajar di sepanjang hidup ummi bergelar pelajar. Dan ummi harap, anak-anak ummi pun begitu nanti. Sebab setiap detik dalam hidup kita, segala keperitan, kegembiraan dan banyak lagi yang lain, adalah ruang untuk kita sentiasa belajar. Jadikan belajar itu satu perkara yang menyeronokkan dan hanya diri kita sahaja tahu caranya, dan kalaupun memerlukan bantuan orang lain, itu hanyalah panduan semata, semuanya atas kemahuan kita, apa yang kita tafsirkan tentang hidup ini.

Tak sabar ummi nak menconteng-conteng dengan kamu…heeeeeeee ;-)

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 201 other followers