Daily Archives: January 16, 2012

Go! Go! Qider (Part 5)

Saya rasa nak pergi jauh..jauh…jauh…

Saya suka dengar orang nak melangsungkan perkahwinan. Saya gembira apabila diberitahu oleh kawan saya yang beliau akan bertunang dengan buah hatinya bulan depan. Saya sangat bersyukur yang akhirnya selepas bertahun-tahun menyulam kasih, akhirnya beliau dan buah hatinya akan move on ke satu tahap dalam percintaan mereka.

Saya sedih apabila seorang kawan sedang diuji dengan mehnah rumahtangga. Saya tetap doakan ujian itu hanyalah untuk mengukuhkan lagi perkahwinan beliau. Beliau sangat dekat dihati saya. Moga Allah SWT membantu beliau dalam keadaan yang genting ini.

Walaupun kadangkala dihimpit rasa cemburu, tapi saya lebih tahu yang sahabat saya ini berhak untuk bahagia dengan suaminya. Beliau dan suaminya pernah ditimpa ujian yang sangat dahsyat yang saya yakin, saya sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Saya suka membaca coretan beliau dengan suaminya dan setiap kali saya membacanya, saya sentiasa mendoakan semoga rumahtangga mereka sentiasa diberkati dan dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT sentiasa.

Tapi saya sendiri…saya tak mampu. Saya cuma ingin pergi jauh dari sini. Meneruskan hidup di tempat lain, jauh dari semua orang.

saya suka laut

Saya cuma mampu mendoakan kebahagiaan orang lain. Bukan kebahagiaan sendiri.

Qider Firdaus
Kangar

p(^_^)q

gambaru!!

 


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 201 other followers