Saya rasa nak pergi jauh..jauh…jauh…
Saya suka dengar orang nak melangsungkan perkahwinan. Saya gembira apabila diberitahu oleh kawan saya yang beliau akan bertunang dengan buah hatinya bulan depan. Saya sangat bersyukur yang akhirnya selepas bertahun-tahun menyulam kasih, akhirnya beliau dan buah hatinya akan move on ke satu tahap dalam percintaan mereka.
Saya sedih apabila seorang kawan sedang diuji dengan mehnah rumahtangga. Saya tetap doakan ujian itu hanyalah untuk mengukuhkan lagi perkahwinan beliau. Beliau sangat dekat dihati saya. Moga Allah SWT membantu beliau dalam keadaan yang genting ini.
Walaupun kadangkala dihimpit rasa cemburu, tapi saya lebih tahu yang sahabat saya ini berhak untuk bahagia dengan suaminya. Beliau dan suaminya pernah ditimpa ujian yang sangat dahsyat yang saya yakin, saya sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Saya suka membaca coretan beliau dengan suaminya dan setiap kali saya membacanya, saya sentiasa mendoakan semoga rumahtangga mereka sentiasa diberkati dan dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT sentiasa.
Tapi saya sendiri…saya tak mampu. Saya cuma ingin pergi jauh dari sini. Meneruskan hidup di tempat lain, jauh dari semua orang.
Saya cuma mampu mendoakan kebahagiaan orang lain. Bukan kebahagiaan sendiri.
Qider Firdaus Kangarp(^_^)q
gambaru!!




January 17th, 2012 at 12:40
Awatnya nk p jauh? xsyg ka org2 yg menyayangi kamu? mg kamu lbh tenang n ceria slps ini
seronok sbb da lepas bersalin dan skrg tgh sibuk melayan karenah buah2 hati tercinta… mg ada ganjarannya disisi yg ESA… mg kamu kuat!
January 17th, 2012 at 14:53
kamu nak berholiday ke, dear kakakku?
February 23rd, 2012 at 20:33
nak p mana fie? aku pun rasa nak p jauh…