Fitnah dan Adab dalam pergaulan

Sesuatu telah berlaku kepada saya dua hari yang lepas. Sesuatu itu telah membuatkan saya insaf. Pada dua hari lepas, saya menemani sepupu yang bakal berkahwin hujung bulan ini membeli beberapa barang keperluan beliau dan bakal suami beliau di Sogo, Kuala Lumpur.

credit: carian google.com

credit: carian google.com

Ketika itu kami berlima, saya bersama beliau (sepupu tersebut), tunang beliau, kawan tunangnya dan seorang lagi sepupu perempuan. Si kembar dan adik mereka bersama suami yang menghabiskan masa bersama keluarga kakaknya. Setelah selesai membeli barang yang dihajatkan oleh sepupu saya kami bergerak untuk mencari pakaian di Jalan TAR. Ketika kami ingin keluar dari tempat membeli-belah tersebut, saya disapa oleh dua orang kenalan se-universiti. Sapaan salah seorang daripadanya mencetuskan rasa marah di dalam hati saya dan saya risau jika ada sahabat suami saya yang ternampak situasi tersebut, mungkin beliau akan tersalah faham dan saya juga yakin sahabat se-universiti itu juga salah faham dengan situasi saya ketika itu. Akan tetapi saya tidak ingin tahu apa yang menyebabkan beliau menegur saya sebegitu rupa. Sungguh kurang adab pada pendapat saya.

Dari itu saya jadi terfikir, betapa besarnya fitnah terhadap seorang perempuan keluar dari rumah tanpa ditemani mahramnya. Saya terasa sangat tidak dihormati apabila ditegur sedemikian. Seolah-olah saya ini masih belum berkahwin dan masih belajar di universiti. Mungkin jika saya berjalan bersama suami dan anak-anak, kenalan itu tidak akan menegur saya sedemikian. Atau mungkin tidak akan menegur saya langsung.

Saya tersedar di situ, selama ini saya sangat suka untuk kelihatan kekal muda, cantik dan independent sehinggakan saya lalai maka Allah menunjukkan kepada saya bahawa saya hanya seorang perempuan yang terikat kepada aturanNya. Sebab itu perempuan perlu ditemani mahramnya apabila ke mana-mana. Sebab itu perempuan perlu menutup aurat sepenuhnya. Sebab itu perempuan perlu diberi ilmu untuk beliau menjalankan kehidupannya. Sebab itu juga, kelihatannya Islam terlalu ketat terhadap perempuan.  Dan sebab itu perempuan perlu santun terhadap diri dan orang sekeliling tetapi pada masa yang sama tegas, gentle but firm kata orang di benua sana. Semua ini hanya untuk menjaga perempuan itu daripada fitnah dan hasad dengki manusia. Hanya untuk menyelamatkan perempuan itu juga.

perempuan itu indah, kerana itu perlu dilayan dengan santun

perempuan itu indah, kerana itu perlu dilayan dengan santun

Mungkin juga sifat saya yang kasar dahulu menyebabkan saya masih dilayan seperti saya yang dahulu walaupun saya sudah bersuami dan menjadi ibu. Akan tetapi, ia tidak menjadi sebab buat orang lain untuk sesuka hati, menyapa saya atau sesiapa pun dengan meninggalkan rasa hormat dalam sapaan tersebut. Alangkan sekadar hendak menyapa kenalan lama, kita masih perlu mempunyai adab dan sensitif terhadap situasi kenalan tersebut. Bayangkan perasaan kita jika saudara perempuan kita diperlakukan sedemikian, pastilah kita marah bukan? Begin with the end in mind, dear friends.

Begitu juga jika kita menyapa kenalan yang masih belum berkahwin, yang masih belum mempunyai anak, dan yang mempunyai isu-isu sensitif lain. Berpada-padalah dalam menyapa. Tunjukkan bahawa kita yang sudah berkahwin atau yang sudah beranak-pinak ini menjadi matang dengan pertambahan tanggungjawab (wisdom through responsibility). Supaya menjadi motivasi dan semangat kepada sahabat lain yang masih berusaha ke arah itu.

Kelas Sistem Kawalan dan Pengalatan

Kelas Sistem Kawalan dan Pengalatan

Saya menulis ini tidaklah menunjukkan saya perasan bagus. Tidak. Ini hanyalah peringatan kepada saya dan ingin dikongsi buat semua. Kita hanya manusia biasa dan surely we are abide by His Law, so please people, it is our obligation to follow.

Cukuplah peringatan dariNya sebagai tanda kasih sayang terhadap hambaNya…Oh saya tiba-tiba terasa nak pakai niqab ja..

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

About Qider

‘It’s not that I had a very interesting life, but it is me who think and make my life interesting despite of so many spiteful moments' View all posts by Qider

One Response to “Fitnah dan Adab dalam pergaulan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 293 other followers

%d bloggers like this: