Category Archives: The two of us

Berdua denganmu (Part 9)

In episode : Eh ini bukan beg duit lelaki ke?

Nak tergelak pun ada apabila mengingatkan reaksi suami ketika aku mengeluarkan beg duit pertama kalinya untuk membayar makanan. Bukan suami sahaja, malah beberapa kawan sepejabatku turut ‘bising’ apabila melihat beg duit tersebut. Sehinggakan, ketika aku menukar kepada beg duit sekarang, semua orang bereaksi lega dan berkata ‘ha, barulah nampak macam perempuan sedikit’.

Pernah sekali ketika aku makan di sebuah kedai makan di Bangi, suamiku ingin meminjam dariku dan kebetulan aku meninggalkan beg duit di dalam kereta (ketika itu aku masih pening-pening mengandungkan si kembar), tetapi beliau malu untuk berpatah balik semula ke kereta untuk mengambil beg duit tersebut. Aku dengan slumbernya berkata, ‘alah bukannya orang perasan pun, kan nampak macam dompet lelaki je’. Suamiku hanya tersengih. Akhirnya, aku juga yang terpaksa ke kereta dan mengambil beg duitku itu.

credit : google.com

Entahlah, mungkin kerana aku gemarkan sesuatu yang mudah dan kemas, aku jarang benar berminat kepada beg duit perempuan kerana padaku ia terlampau besar dan susah untuk ku sisipkan di poket jeans ku. Ya, aku jarang berseluar slack, lebih selesa memakai jeans longgar (pergi kerja pun hentam jeans,peduli apa aku) sehinggalah aku disahkan mengandung (aku mengandung tidak seperti orang lain, baru dua bulan pun sudah tidak boleh pakai jeans dan seluar sebelum mengandung..adeeh).

Suami selalu juga mengusikku dengan beg duit tersebut. Tetapi mungkin kerana beliau sedar betapa degilnya aku dengan pendirianku maka dibiarkan sahaja, selagi perkara itu tidak menjatuhkan martabat keluarga dan melanggar syariat agama. Aku bertukar kepada beg duit sekarang pun, kerana beg duit lama itu sudah terlampau uzur dan tidak mampu untuk menampung kad yang banyak (kad perubatan sahaja sudah empat, lesen, kad pengenalan, kad kawin, kad bank, kad membership itu ini dan segala kad lagi), maka terpaksalah aku menggunakan beg duit perempuan yang tipikal itu.

@ Sabah, Dec 2009

Kuang kuang kuang.. serius kelakar apabila mengingatkan senyum-senyum perli beliau itu. Kadang-kadang itulah antara sebab utama aku suka untuk buat perkara yang menjadi tegurannya kerana aku suka kepada senyum perli itu. Comel! ;-p

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!!


Berdua denganmu (Part 8)

In episode : Song disagreement..

I always love English song. Hubby, always turned the radio into another channel if my song was on air. Why? Because he disapproved it haha. As my songs normally will be catchy and fast type. Celine Dion always my all time favourite, but since I grew up in the 90’s the US boy band (BSB and ‘Nsync to name a few) and Britney never out from my list until now. I wouldn’t say no also to Fort Minor or Sugar Ray or sometime LP ahaks..

And I don’t like his choice of song either. Well you know, the Malay band in the 80’s (me and my hubby is almost ten years in age gap), which most song were like ‘argghhh serius tangkap lentok’. I always made this remarks to him ‘eii suka betul dengar lagu sedih-sedih’ and he always smile whenever I said so. So in order for both of us to not ‘argue’ on the radio channel or songs (during long travelling period), we normally listened to religious talk by few ustaz that he downloaded beforehand.

I remembered one time, me and my hubby were in the car, somewhere in Kajang, I was very mad to my hubby to the degree that I didn’t talk to him and he neither, and how much I hated him that time, this song was on air. The song by AxL, ‘Akulah kekasihmu’. I was like, ‘hampeh,macam takde lagu lain’. And listening to the rest of the song, I was on the verge of tears because I felt that it was my hubby who was telling me, there was no man who’ll love me better than him (macam tulah lebih kurang, oh ye ikut sukalah kalau nak muntah). I was feeling so much to hug him and say sorry but my ego restrained me from doing so (oh memang hampeh, dan sangatlah rugi). And I didn’t remember how we made up after that.

Why I wrote about this? Well, because just now (okay now already past midnight,maybe the right word would be last night or yesterday night, but I would prefer to use just now ahaks ;-p) this song was on the AIM and it reminded me of that moment and him. I didn’t plan on watching the show but since the twin were playing with the remote and there was no interesting programme either, so the TV was stuck at that show.

Another reason, their father was not at home this weekend and I missed him ;-p . My recent condition didn’t allow me to join him in a long distance travel. May you have a safe journey back home too dear.

us @ Hong Kong Disneyland

Oh, it really a bless to be in love with our own spouse. Thanks Allah.

Alhamdulillah

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

 p(^_^)q

gambaru!!


Berdua denganmu (Part 7)

In episode : Hakikatnya saya tak suka kamu outstation..lagi!

Agaknya, itulah hikmah segala permohonan aku untuk bekerja di syarikat minyak semuanya gagal, kerana andaikata aku berkahwin dengan jurutera syarikat minyak (kompom la nampak orang situ jugak, alang-alang dah trang tang tang single) yang rutin kerja akan offshore sahaja, aku pasti resah gelisah seperti sekarang. Aku tidak kisah jika setakat sehari dua, malah incik itu pernah ke luar negara selama lebih seminggu ketika si kembar mencecah 4 bulan, akan tetapi jika hampir berbulan outstation, seminggu sekali sahaja berjumpa, aku hampir menjadi mak naga!

muka bad mood depan tren di Beijing

Kadangkala aku jadi tertekan bila mengetahui incik itu akan ke sana untuk minggu itu, ataupun apabila rakan sepejabat bertanyakan jadual perjalanannya ke sana (memangla aku tahu,sebab aku terlibat dalam projek yang sama, nasib baik mengandung, kalau tidak memang aku pun kena pergi monitor kerja-kerja di sana). Ya, claim incik itu semestinya mengundang senyum ke telinga, ikutkan nafsu besarku ini, sudah selamat iPad dirembat, tetapi apa guna duit melambak di kaki, kalau hati langsung tak gembira?

Banyak perkara yang membuatkan aku tidak gembira apabila incik itu ke sana. Anak-anak siapa nak jaga? Bagaimana aku hendak ke tempat kerja? Itu belum lagi masuk bab anak-anak atau aku yang diserang sakit. Tidak termasuk juga ketika-ketika sesi ‘diam antara benua’ terjadi. Aku sebenarnya sudah cukup malas hendak menyusahkan orang lain, tetapi itulah terpaksa jugak menyusahkan orang. Aku berharap semoga ada pencerahan dalam usaha untuk kenderaan sebuah lagi.

Tak sabar tunggu kamu pulang khamis ini. Nak melawa dengan tudung baru ‘mahal nak mati’ itu pun macam tiada mood.Rasa rugi sahaja touch up bagai kalau incik itu tiada di sisi untuk melihatnya. Walaupun beliau tidak pernah memberi sebarang komen sehinggalah ditanya.. hadehh. Tadi pun, makan megi (tiada semangat nak masak), dalam periuk (malas mau basuh pinggan)!

uuu incik itu masih kurus lagi ketika itu.. ;-)

Incik, moga Allah SWT menjaga kamu dengan limpahan kasih sayangnya sepanjang kamu di sana. Baru dua jam kamu bertolak, tapi saya sudah rindukan kelibat kamu di rumah bersama budak bijak dua orang ini.

@ Tembok Besar Kota Tembikar

Incik, bila kita nak terbang-terbang cari pasal kat negara orang lagi ye? Rasa bosan pulak  setahun ni tak dapat nak jalan memane ;-p. Semoga selamat sampai dan sila cepat balik!

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru


Berdua denganmu (Part 6)

In episode : Awak ni tak reti nak ‘pusing’ tudung ke?

Kali pertama aku mendengar soalan itu, rasa bengang pun ada, rasa nak ‘reject’ terus encik tersebut sangatlah tinggi. Tapi jawapan aku ketika itu senang sahaja, aku lagi bahagia dengan cara pemakaian tudung sedemikian.

Sehinggalah selepas berumahtangga pun, jika ternampak sahaja iklan tudung Ariani dan sewaktu dengannya, dia  akan berkata ,”cantiknya tudung ni,mesti awak lagi cantik pakai tudung macam ni kan?”,dan aku pun dengan pantasnya membidas,”aah, memangla cantik,sebab duit pun cantik nak membelinya. Lain lah kalau ada orang nak sponsor ,”sambil melirik ke arahnya. Dia seperti biasa hanya akan tersengih dan mengeleng-geleng kepala.

gaya tudung pin ke bawah

Aku punya konsep yang mudah dalam berpakaian terutamanya tudung. Konsep pertama, aku amat tidak suka mengikut pada trend semasa, sebab aku selalu merasakan diri sendiri sebagai trendsetter. Trend yang ikut aku, bukan aku yang ikut trend..heheh macam angkuh bunyinya, tetapi sangat menyelamatkan diriku daripada menambahkan koleksi pakaian yang hanya menyebabkan almari terpaksa ditambah! Oh aku bukanlah berkira, tapi aku benci membazir dan barang-barang yang terlalu banyak.

gaya pin di tepi..

Konsep kedua, pakaian aku itu mestilah lulus piawaian dalam situasi ‘tiada telekung di masjid/surau/tempat solat, boleh solat terus dengan pakaian tersebut’. Maka, walaupun aku sangat cemburu melihat orang lain cantik dengan segala jenis tudung yang ada, tetapi andaikata tudung itu jarang dan pendek, jadi aku mampu menarik nafas lega, selamat duit aku sebab tak perlu beli tudung yang cantik itu..heheh..(serius cantik tudung fareeda dan tudung ala rozita che wan, tapi sebab pendek dan jarang, maka terima kasih jelah).

Konsep ketiga dan terakhir, tudung aku mestilah tidak lebih mahal dari harga bajuku. Contoh, ketika aku di universiti dulu, aku memastikan tudung ‘ala turki’ yang ingin ku beli itu mestilah tidak lebih dari RM10, hatta lebih RM5 pun aku sanggup untuk tidak membelinya. Cuma jika bidangnya 50” dan ke atas maka logiklah kalau harga RM25++ pun. Oh nampak macam sangat kedekut, tetapi padaku aku lebih tahu apa yang aku beli.

Dulu aku memang tidak suka nak bergaya sangat dengan tudung, sebab ayahku pernah berpesan,”pakai tudung,pakai elok-elok,”. Dia amat tidak suka melihat budaya ‘selempang’ tudung yang tidak menutup sepenuhnya aurat perempuan, maka sebab itu sehingga aku berjumpa dengan Encik itu, aku lebih banyak pin tudung ke bawah, dari pin tepi dan toncet bagai.

Sehinggalah, anak kembar kami bakal dilahirkan ketika itu, aku membeli tudung ber’awning’ bertujuan untuk dipakai semasa di hospital dan ketika berpantang (yelah, mesti semua sibuk dengan si kembar, siapalah nak tolong seterika tudung untuk aku). Ketika itu sudah wujud saiz tudung yang lebih besar dan labuh. Sebenarnya,aku lebih berminat dengan syria (tanpa awning) kerana aku boleh terus memakainya walaupun selepas berpantang, tetapi kakak yang menjual tudung itu telah berjaya memujukku untuk membeli tudung awning itu.

ini tahap tak hengat bergaya dengan ala syria

Tetapi, itu tidak membuatkan aku terus memborong tudung spesies tersebut kerana aku lebih suka dengan stail syria. Aku cuba men’google’ syria labuh, tetapi tidak berhasil. Semuanya pendek. Suatu hari ketika aku dan encik itu membeli barang-barang rumah di Giant (tak ingat Giant apa), kebetulan aku terperasan tudung syria yang agak labuh maka aku terus bertanya kepada kakak penjual. Dan tidak mengecewakan, tudung itu labuh melepasi dada malah yang paling mengujakan aku apabila ada ‘ruffle’ yang comel di sekeliling tudung, maka bermulalah episod aku bergaya dengan tudung syria. Tapikan, encik itu tidak berkata apa-apa pun..owh dasar isteri manja yang suka dengar pujian suami.

Aku juga berminat dengan selendang (atau shawl), tetapi disebabkan banyak yang jarang dan tidak tahu cara menggayakannya, maka aku pendamkan sahaja. Baru-baru ini, aku mengambil  masa sepetang di youtube dan men’google’ tutorial cara-pakai-shawl. Kebetulan pula, ada seorang kakak di pejabat yang memakai ‘shawl’ dan aku tertarik kepada ‘shawl’ itu dan cuba untuk menggayakannya. Agak berjaya ketika itu, maka sebanyak 5 helai aku pesankan supaya dibelikan untukku.

confident sikit dengan gambar ni, sori aku memang tak suka mekap ;-)

Pada hari aku menggayakan shawl itu, tiada komen yang ku dengar dari suamiku. Pada petang itu, ketika dalam perjalanan pulang, dengan rasa tidak puas hati,

Aku        : Abang tak komen  pape punnnnnn…
Encik      : Aapeee… (sambil mengangkat kening)
Aku        : Ok tak pakai tudung ni?
Encik      : lah..kan dah cakap pagi tadi..
Aku        : tipulah..mana ada..abang tipu..
Encik      : hummphh (malas melayan)
Aku        : (masih tak puas hati) ala,cakaplah..tadi tak dengar kot..sibuk ngan baby2
Encik      : (setelah agak lama diam..dan macam malu-malu sikit).. abang cakap, aih artis mana pulak ni?
Aku        : heeee… (sengih)

Moral daripada cerita, hendak bergaya, hendak kelihatan cantik memang boleh, tetapi biarlah syariat Allah SWT tetap menjadi panduan :-)

p/s: akan cuba tukar gambar pakai shawl tu,nampak macam ‘tahyul’ je (gambar tangkap muat)..hehe..anis nanti kita ber’photoshoot’ ye?

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru


Berdua denganmu (Part 5)

In Episode : Saya suka jalan-jalan dengan kamu

Suatu hari yang gembira,

Suami : Errmm..abang jadi pergi China nanti

Isteri : Eh iye ke? Bila?(dan suasana bertukar menjadi suam-suam kuku)

Suami : Bulan 11 ni. Kalau ayang dan anak-anak nak ikut, kena cepat-cepat buat passport.

Isteri : Tapi anak-anak baru dua bulan lebih,lagipun waktu tu diorang kena cucuk.

(dan saya pun diam)

Itu dialog berminggu yang lepas. Ketika itu perasaan saya sangat kuat ingin pergi ke negara tembok besar itu bersama kamu. Teringat ketika kita menghabiskan musim panas di Beijing. Memanjat tembok besar. Berjalan-jalan ‘mengukur kawasan’ di Kota Larangan. Naik beca ke Hutong.  Menghabiskan duit di ‘Pasar Rusia’. Disebabkan kesulitan komunikasi yang sangat besar ketika di sana (dan juga antara kita berdua), saya banyak bermasam muka dengan kamu. Semuanya kerana saya meletakkan ‘high expectation’ terhadap kembara kita ketika itu. Saya serik mahu ke China lagi.

Apabila kita kembali ke negara tersebut pada musim sejuk, saya sudah belajar dari kesilapan musim panas yang lalu. Kali ini, saya sangat gembira berada di negara ini. Saya suka naik turun MRT, buat-buat faham apabila membaca peta MRT (semuanya dalam tulisan Cina ye),naik bot ronda-ronda Zhuhai,keluar masuk immegresen Macau-Hong Kong-China, ghairah berjumpa Donald Duck di Disneyland, berjumpa dengan ukiran lilin personaliti terkenal di Madame Tussauds dan mencuba makanan China Muslim di sana. Tetapi tetap ada ‘perangai’ saya ketika itu dan saya sendiri tidak memahami kenapa saya bersikap demikian. Kamu, kamu tetap sabar dengan saya.

Xiamen-Zhuhai-Hongkong-Guangzhou

Esok kamu akan pulang ke tanah air. Saya dan si kembar sangat menunggu kepulangan kamu. Semoga kamu pulang dengan selamat sayang. Bila kita akan naik kapalterbang lagi? Tapi kali ini berempat pula (“,). Dan sesungguhnya,saya suka jalan-jalan dengan kamu!

Qider Firdaus
Kangar

p(^_^)q

gambaru


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 201 other followers