In episode : Petua kurangkan sakit perut dan senggugut
Hari ini rasa agak mengah (macam sesak dada) sedikit. Sudah minum air panas,sudah jalan-jalan pun belum hilang. Aku di pejabat sekarang, malas pula mahu melepak di rumah dalam keadaan sekarang (due 14hb depan). Sementara menunggu bos yang sedang hangat bermesyuarat (hangat sebab sampai boleh dengar perkara yang dibincangkan oleh kami di luar bilik), rasa hendak tulis pasal ini.
Aku sebenarnya seorang manusia yang sangat tipikal terhadap ubat moden. Waima sebiji panadol pun, jangan haraplah untuk aku telan. Tambahan pulak, seorang bapa saudaraku adalah pegawai farmasi dan beliau antara yang sangat tidak menggalakkan pengambilan ubat moden ini. Ibuku yang merupakan bekas jururawat pula, sangat menekankan terhadap pengambilan ubat-ubatan ini dan aku adalah anak yang paling degil untuk mengikutinya. Tetapi, bagi aku yang pernah menjalani pembedahan ini, kekecualian diberikan jika berada di hospital atau mempunyai sakit kronik yang memerlukan perskripsi ubatan moden ini oleh doktor dan kita perlu mengambilnya DALAM DOS YANG BETUL DAN TELAH DITETAPKAN. Andaikata cuma demam biasa atau tiada sakit yang pelik/berbahaya di sebalik demam atau batuk atau selesema tersebut, maka bolehlah kita merawat sakit tersebut dengan makanan atau petua-petua tradisi. Contoh lain, jika ada pesakit kanser yang ingin merawat sakitnya dengan makanan tambahan atau kaedah rawatan dengan Al Quran sekalipun, beliau tetap perlu mendapatkan rawatan dan berbincang dengan pegawai perubatan yang merawatnya mengenai ubatan lain yang dimakannya.
Sakit perut
Petua yang ingin aku perturunkan di sini adalah melalui pengalamanku sendiri. Mungkin berbeza terhadap orang lain. Sakit perut sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor dan perut sebenarnya tempat berkumpulnya penyakit jika kita makan secara tidak betul. Jadi petua aku lebih kepada sakit perut yang disebabkan salah makan contoh terlebih makan pedas, kembung dan yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang perut jadi memulas tetapi bukannya hendak ke tandas pun. Pernah tak rasa begitu? Letak minyak panas pun kadang-kadang tak jalan. Eh, kalau ibu mengandung, mana boleh letak minyak panas pulak kan? Haaaa…oleh itu aku selalu amalkan untuk minum yogurt drink atau yakult atau makan yogurt ketika sakit perut itu menyerang.
Memang kesannya lambat, agak mengambil masa, mungkin dalam setengah jam kita masih terpaksa berperang dengan rasa sakit tersebut bergantung pada apa yang kita telah makan yang menyebabkan kita sakit perut itu. Tetapi selepas itu ia akan perlahan-lahan hilang. Mungkin selepas itu kita akan perlu ke tandas, tetapi sekurang-kurangnya najis akan menjadi lebih lembut dan penyahtinjaan menjadi lebih selesa. Perut pun selesa.
Senggugut
Aku pernah mengalami sengugut yang agak teruk ketika zaman remaja dahulu. Ada dua petua yang aku amalkan.
Petua yang pertama, sujud lama sedikit ketika solat. Petua ini aku dapat dari kawan baikku. Beliau juga mempunyai sengugut yang teruk sehinggakan doktor menyarankan pengambilan pil perancang. Dan petua ini sebenarnya diberikan oleh seorang kawan lelaki yang salah faham apabila mendengar beliau mengadu sakit perut (mengadu kat orang lain sebenarnya, encik tu ingat beliau senggugut). Alhamdulillah setelah aku amalkan,senggugut itu hilang terus sehinggalah aku melahirkan si kembar, sakit itu datang semula, sebab sujud pun dah cut short (insaflah oiiii).
Petua kedua, seminggu sebelum kedatangan haid, aku akan minum atau makan yogurt/yogurt drink. Minuman berais juga adalah penyumbang kepada sakit senggugut yang lebih teruk, tetapi dulu aku sangat menjaga kesihatan,kurang minum minuman berais,berkarbonat dan manis (sekarang hampeh!! Kena insaf dan kawal semula pemakanan ni). Jadi ketika kedatangan haid, selalunya lebih selesa tanpa sakit yang sampai berguling-guling (atau tidur menonggeng berselimut di atas katil sebab sakit). Sebenarnya aku hari-hari minum yogurt drink dulu, selain untuk menghilangkan sakit senggugut, ia juga untuk mengelakkan aku daripada terkena gastrik atau kembung kerana terlambat makan (juga bagus untuk menaikkan mood ceria). Sekarang ini, aku minum Yakult setiap hari sebab ibu mengandung ini cepat lapar dan alang terlambat makan sedikit, kalau tidak pedih ulu hati mesti berangin satu badan. Uhh sangat tidak selesa.Makanan boleh jadi punca penyakit jika makan berlebihan atau secara tidak sihat dan boleh jadi ubat jika makan secara sederhana. Pilihan di tangan kita. Sentiasalah minum air suam sebanyak-banyaknya.
Selamat mencuba!
Nota : petua ini sesuai untuk sakit perut dan senggugut yang bukan disebabkan oleh sakit kronik. Terima kasih
Qider Firdaus Bandar Baru Bangip(^_^)q
gambaru!!


![nestle_extra_creamy_yogurt_range_sixthseal[dot]com](http://nurqider.files.wordpress.com/2011/12/nestle_extra_creamy_yogurt_range_sixthsealdotcom.jpg?w=490)







